Bercuti di Cameron Highland

Bercuti di Cameron Highland

Kami sekeluarga berkesempatan untuk bercuti ke Cameron Highland pada 15 September 2016. Diantara tempat-tempat menarik yang kami lawati adalah :

Pasar Malam Brinchang

Pelbagai produk Cameron Highland seperti madu, sayuran dan strawbery ada dijual dan juga pelbagai makanan. Pasar malam ini dibuka setiap hari pada waktu cuti sekolah. Tetapi pasar malam inilah yang menyebabkan kesesakan teruk pada malam 16 haribulan ( cuti hari Malaysia) sehingga kami tersekat 4 jam dari Kea Farm ke Tanah Rata. Landmark untuk ke pasar malam Brinchang adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands

Ladang Teh Boh (BOH Tea Plantation)

Ladang Teh Boh Cameron Highland ini terletak di Sungai Palas. Yang menjadi pengalaman menarik adalah laluan sempit sepanjang ladang teh untuk menghala ke kilang teh Boh. Memang sempit sehingga di sesetengah laluan terpaksa memberi laluan kepada salah satu kereta untuk bergerak.

 
Apabila sampai ke tempat letak kenderan Tea Centre , para pengunjung perlu berjalan 200m ke Tea Centre melalui Tea Bush walk.
Bush Tea Walk


Papan tanda BOH Tea Centre. Waktu operasi Boh Tea Centre adalah 9.30 pagi sehingga 4,30 petang

Cafe

 Papan Tanda sebelum ke Kilang Teh

Semasa kunjungan kilang teh boh tidak beroperasi kerana cuti umum. Namun kami masih boleh melihat mesin-mesin memproses teh melalui laluan pelawat.

Kedai menjual pelbagai varieti produk BOH dan cenderamata.

Suasana di ladang BOH ini amat cantik untuk bergambar

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web BOH

Taman Lebah  EeFengGu

Taman lebah  ini terletak di kawasan Brinchang. Bayaran masuk ke Taman lebah ini adalah percuma.Pengunjung boleh membeli pelbagai produk berasaskan madu lebah di sini

Antara pameran yang terdapat di sini

Kawasan penternakan lebah

 Laluan Masuk


kawasan Penternakan Lebah


Taman Rama- Rama

Berhampiran dengan Taman lebah ini adalah Taman Rama- rama. Bayaran masuk adalah RM7 ringgit untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak 3 tahun keatas. Selain rama-rama , terdapat pelbagai jenis sayuran dan bunga-bungaan, serangga seperti kumbang , ular, chamelion , ular, ayam guinea pig dan juga kala jengking


Kampung Taman Sedia

Pada hari terakhir dan sebelum balik , kami singgah ke Kampung Taman Sedia. Kampung Taman Sedia ini merupakan perkampungan Melayu yang terletak di Tanah Rata, Di sini terdapat banyak homestay dan Taman Strawberi kepunyaan orang Melayu.Kami berkunjung ke Taman Agro Al-Mashoor bagi menikmati dan membeli hasil produk Strawberi.

Ladang Strawberi

Kaunter Jualan

Menikmati hasil Taman Agro Al-Mashoor

Untuk maklumat lanjut Taman Agro Al-Mashoor boleh lawati laman web mereka di sini



Kunjungan ke WET WORLD SHAH ALAM

WET WORLD SHAH ALAM
Shah alam
Alhamdulillah hari ini berkesempatan ke Wet World Shah Alam. Walaupun perancangan awal pergi awal ke sana, rupa-rupanya Wet World hanya dibuka pada 10 pagi. Mujur kami menyemak dahulu di web Wet World

Harga tiket bagi Wet World Shah Alam ini adalah RM25 tahun dan 20 ringgit bagi kanak-kanak yang berketinggian 90 cm ke atas. Maka untuk kami sekeluarga adalah RM90 bagi 2 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang todler.

Terdapat beberapa peralatan yang boleh disewa seperti pelampung berkembar(yang digunakan untuk menaiki ride) , locker dan Cabana (seakan wakaf tetapi dilengkapi kipas)

Diantara gerai makanan di dalam Wet World Shah Alam. Makanan luar tidak dibenarkan masuk sama seperti Sunway Lagoon. Harga makanan di dalam agak mahal berbanding harga makanan di luar

Antara kolam di dalam Wet World

Kawasan kanak-kanak.Siap dengan bola plastik

Lagi kawasan mandi

Mandi manda

 Dalam pukul 2.30 , kami berangkat pulang setelah masing-masing sudah sunburn