WET WORLD SHAH ALAM
Alhamdulillah hari ini berkesempatan ke Wet World Shah Alam. Walaupun perancangan awal pergi awal ke sana, rupa-rupanya Wet World hanya dibuka pada 10 pagi. Mujur kami menyemak dahulu di web Wet World
Harga tiket bagi Wet World Shah Alam ini adalah RM25 tahun dan 20 ringgit bagi kanak-kanak yang berketinggian 90 cm ke atas. Maka untuk kami sekeluarga adalah RM90 bagi 2 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang todler.
Terdapat beberapa peralatan yang boleh disewa seperti pelampung berkembar(yang digunakan untuk menaiki ride) , locker dan Cabana (seakan wakaf tetapi dilengkapi kipas)
Diantara gerai makanan di dalam Wet World Shah Alam. Makanan luar tidak dibenarkan masuk sama seperti Sunway Lagoon. Harga makanan di dalam agak mahal berbanding harga makanan di luar
Antara kolam di dalam Wet World
Kawasan kanak-kanak.Siap dengan bola plastik
Lagi kawasan mandi
Mandi manda
Dalam pukul 2.30 , kami berangkat pulang setelah masing-masing sudah sunburn