Taman Mini Malaysia dan Asean

Taman Mini Malaysia dan Asean ini terletak di Ayer Keroh Melaka. Taman Mini Malaysia dan Asean ini menghimpunkan pelbagai rekabentuk rumah traditional dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.



Harga tiket masuk bagi Taman Mini Malaysia ini adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu operasi Taman Mini Malaysia ini adalah dari 9 pagi sehingga 6 petang untuk hujung minggu.Pengunjung juga boleh menaiki buggy yang dengan harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.Yang menariknya menaki buggy adalah pemandu buggy akan menerangkan jenis-jenis rumah dan maklumat yang menarik berkaitan Taman Mini Malaysia

Harga Tiket Masuk Mini Malaysia

Harga Menaiki buggy Taman Mini Malaysia

Menaiki buggy

Selain dari pameran di dalam setiap rumah ,  terdapat tarikan lain di Taman Mini Malaysia ini termasuklah persembahan kebudayaan yang diadakan setiap hari di pentas utama dan bermacam jenis permainan tradisional termasuk sumpit ,congkak dan lastik.

Dapur Traditional

Sejarah Nasi Lemak

Salah Satu Rumah di Taman Mini Malaysia

Jualan kuih muih

Gelanggang Lastik

Dihadapan Rumah Sabah

Persembahan Kebudayaan

Bagaimanapun menurut pemandu buggy kami , bahagian rumah Asean ditutup kerana mengalami kerosakan. Dan keadaan di dalam rumah dan pameran kebanyakan tidak tidak dijaga dengan baik termasuklah kerosakan pada barang pameran dan berhabuk. Moga keadaan ini dapat diperbaiki di masa hadapan.

Muzium Kapal Selam : Lawatan Ke Melaka

Muzium Kapal Selam

Pintu Masuk Kapal Selam

 Muzium Kapal Selam ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang Melaka. Muzium Kapal Selam ini pada asalnya merupakan kapal selam SMD Quessant Agosta 70 milik Tentera Diraja Malaysia yang ditukar kepada Muzium Kapal Selam

Lokasi Muzium Kapal Selam




Waktu Operasi Muzium Kapal Selam

  • Isnin - Khamis : 9 pagi sehingga 5 Petang
  • Jumaat hingga Ahad :9 pagi sehingga 6.30 petang

Harga Tiket Muzium Kapal Selam

  • Harga Tiket bagi dewasa : RM5
  • Harga Tiket bagi kanak-kanak : RM2
  • Percuma bagi 6 tahun kebawah

Aktiviti di Muzium Kapal Selam
Bahagian Depan Kapal Selam

Sudah semestinya tarikan utama adalah dapat masuk kedalam muzium perut kapal selam dan melihat suasana sebenar didalam kapal selam. Terdapat papan tanda maklumat tentang kapal selam ini sebelum menaiki tangga dan melihat sendiri keadaan didalam kapal selam.
ruang pelancar torpedo

Terdapat tangga untuk menaiki kapal selam ini. Kerana keadaan kapal selam yang sempit, terdapat jumlah yang terhad untuk pengunjung untuk masuk untuk sesuatu masa

peralatan kapal selam
Selain itu ,terdapat juga 2 buah jet pejuang yang dipamerkan disini dan para pengunjung boleh bergambar dengan jet pejuang ini.
Jet Pejuang

Terdapat juga gerai-gerai untuk aktiviti sampingan iaitu menaiki kereta kuda dan juga untuk aktiviti menembak menggunakan NERF. Kami mencuba aktiviti NERF dengan harga sewa NERF sebanyak RM5 untuk satu NERF
Gerai Nerf
Untuk maklumat lanjut boleh layari website Perbadanan Muzium Melaka
muzium kapal selam , melaka , Malacca , nerf , klebang

Galeri Lebah :Lawatan Ke Melaka

GALERI LEBAH MELAKA


Galeri Lebah Melaka ini terletak di Ayer Keroh Melaka , berhampiran dengan Muzium Orang Asli dan Taman Botanikal Melaka. Galeri lebah ini sebenarnya galeri jualan untuk jenama Giant B.Waktu operasi bagi Galeri Lebah Melaka adalah dari 9 pagi hingga 6 petang manakala untuk masuk adalah percuma.


Pintu Masuk Galeri Lebah Melaka


Di pintu masuk , terdapat pameran sarang lebah.Kebanyakan sarang yang dipamerkan adalah lebah sarang kelulut. Terdapat staff yang akan memberi contoh madu kelulut yang diambil terus dari sarang lebah kelulut
Staff memberi sample madu lebah kelulut

Di bahagian pameran Galeri Lebah Melaka , terdapat jualan pelbagai jenis produk dari madu lebah. Selain itu terdapat pameran sarang tebuan, maklumat-maklumat berkaitan lebah dan pemprosesan madu.

Sarang Tebuan

Galeri Jualan

Sarang Lebah



Pameran


Selain itu ,terdapat juga bahagian tester madu dimana pengunjung dapat merasa pelbagai jenis madu keluaran Giant B. Terdapat juga taman permainan yang bertemakan lebah yang sesuai untuk anak-anak bermain.

Sample madu

Padang Permainan
galeri lebah melaka