Taman Mini Malaysia dan Asean ini terletak di Ayer Keroh Melaka.
Taman Mini Malaysia dan Asean ini menghimpunkan pelbagai rekabentuk rumah traditional dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Harga tiket masuk bagi Taman Mini Malaysia ini adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu operasi Taman Mini Malaysia ini adalah dari 9 pagi sehingga 6 petang untuk hujung minggu.Pengunjung juga boleh menaiki buggy yang dengan harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.Yang menariknya menaki buggy adalah pemandu buggy akan menerangkan jenis-jenis rumah dan maklumat yang menarik berkaitan Taman Mini Malaysia
 |
Harga Tiket Masuk Mini Malaysia |
 |
Harga Menaiki buggy Taman Mini Malaysia |
 |
Menaiki buggy |
Selain dari pameran di dalam setiap rumah , terdapat tarikan lain di Taman Mini Malaysia ini termasuklah persembahan kebudayaan yang diadakan setiap hari di pentas utama dan bermacam jenis permainan tradisional termasuk sumpit ,congkak dan lastik.
 |
Dapur Traditional |
 |
Sejarah Nasi Lemak |
 |
Salah Satu Rumah di Taman Mini Malaysia |
 |
Jualan kuih muih |
 |
Gelanggang Lastik |
 |
Dihadapan Rumah Sabah |
 |
Persembahan Kebudayaan |
Bagaimanapun menurut pemandu buggy kami , bahagian rumah Asean ditutup kerana mengalami kerosakan. Dan keadaan di dalam rumah dan pameran kebanyakan tidak tidak dijaga dengan baik termasuklah kerosakan pada barang pameran dan berhabuk. Moga keadaan ini dapat diperbaiki di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment