Galeri Lebah :Lawatan Ke Melaka

GALERI LEBAH MELAKA


Galeri Lebah Melaka ini terletak di Ayer Keroh Melaka , berhampiran dengan Muzium Orang Asli dan Taman Botanikal Melaka. Galeri lebah ini sebenarnya galeri jualan untuk jenama Giant B.Waktu operasi bagi Galeri Lebah Melaka adalah dari 9 pagi hingga 6 petang manakala untuk masuk adalah percuma.


Pintu Masuk Galeri Lebah Melaka


Di pintu masuk , terdapat pameran sarang lebah.Kebanyakan sarang yang dipamerkan adalah lebah sarang kelulut. Terdapat staff yang akan memberi contoh madu kelulut yang diambil terus dari sarang lebah kelulut
Staff memberi sample madu lebah kelulut

Di bahagian pameran Galeri Lebah Melaka , terdapat jualan pelbagai jenis produk dari madu lebah. Selain itu terdapat pameran sarang tebuan, maklumat-maklumat berkaitan lebah dan pemprosesan madu.

Sarang Tebuan

Galeri Jualan

Sarang Lebah



Pameran


Selain itu ,terdapat juga bahagian tester madu dimana pengunjung dapat merasa pelbagai jenis madu keluaran Giant B. Terdapat juga taman permainan yang bertemakan lebah yang sesuai untuk anak-anak bermain.

Sample madu

Padang Permainan
galeri lebah melaka


0 comments: