Muzium Kapal Selam : Lawatan Ke Melaka

Muzium Kapal Selam

Pintu Masuk Kapal Selam

 Muzium Kapal Selam ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang Melaka. Muzium Kapal Selam ini pada asalnya merupakan kapal selam SMD Quessant Agosta 70 milik Tentera Diraja Malaysia yang ditukar kepada Muzium Kapal Selam

Lokasi Muzium Kapal Selam




Waktu Operasi Muzium Kapal Selam

  • Isnin - Khamis : 9 pagi sehingga 5 Petang
  • Jumaat hingga Ahad :9 pagi sehingga 6.30 petang

Harga Tiket Muzium Kapal Selam

  • Harga Tiket bagi dewasa : RM5
  • Harga Tiket bagi kanak-kanak : RM2
  • Percuma bagi 6 tahun kebawah

Aktiviti di Muzium Kapal Selam
Bahagian Depan Kapal Selam

Sudah semestinya tarikan utama adalah dapat masuk kedalam muzium perut kapal selam dan melihat suasana sebenar didalam kapal selam. Terdapat papan tanda maklumat tentang kapal selam ini sebelum menaiki tangga dan melihat sendiri keadaan didalam kapal selam.
ruang pelancar torpedo

Terdapat tangga untuk menaiki kapal selam ini. Kerana keadaan kapal selam yang sempit, terdapat jumlah yang terhad untuk pengunjung untuk masuk untuk sesuatu masa

peralatan kapal selam
Selain itu ,terdapat juga 2 buah jet pejuang yang dipamerkan disini dan para pengunjung boleh bergambar dengan jet pejuang ini.
Jet Pejuang

Terdapat juga gerai-gerai untuk aktiviti sampingan iaitu menaiki kereta kuda dan juga untuk aktiviti menembak menggunakan NERF. Kami mencuba aktiviti NERF dengan harga sewa NERF sebanyak RM5 untuk satu NERF
Gerai Nerf
Untuk maklumat lanjut boleh layari website Perbadanan Muzium Melaka
muzium kapal selam , melaka , Malacca , nerf , klebang

0 comments: